Teka teki Imam Al-Ghazali

Teka Teki Imam Al-Ghazali

www.iLuvislam.com

Perkongsian Bersama Untuk Anda Dan Diri Saya :

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya :


Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?'

Murid 1 = ' Orang tua '

Murid 2 = ' Guru '

Murid 3 = ' Teman '

Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah
MATI. Sebab itu janji
Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'


Murid 1 = ' Negeri Cina '

Murid 2 = ' Bulan '

Murid 3 = ' Matahari '

Murid 4 = ' Bintang 2 '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang
dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.



Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid 1 = ' Gunung '

Murid 2 = ' Matahari '

Murid 3 = ' Bumi '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita
harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'

Murid 1 = ' Kapas'

Murid 2 = ' Angin '

Murid 3 = ' Debu '

Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '



IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat
didunia ? '

Murid 1 = ' Baja '

Murid 2 = ' Besi '

Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah M
EMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah
SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia
dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '


Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



''sampaikanlah walau satu ayat'

No comments: