Salam,
I found this hadith when I was surfing. I've heard about it before from a talk but somehow forgotten the exact hadith.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah".
Keterangan:
Sifat marah adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan dan marah itu akan menjadi baik bila kena pada tempatnya, seperti marah kerana orang lain mempersendakan agama atau merubah hukum dalam agama dan sebagainya. Tetapi marah bukan pada tempatnya adalah satu perangai yang keji, kerana marah akan mengakibatkan seseorang itu bertindak dengan terburu-buru dan mengikut hawa nafsunya dan biasanya akan menimbulkan penyesalan di kemudian hari.
Sebenarnya syaitan berusaha mengapi-apikan lagi kemarahan seseorang apabila sedang marah lalu mengakibatkan tindakan luar kawalan tanpa disedari. Maka seseorang yang dapat mengawal dirinya daripada melepaskan kemarahannya bererti ia telah berjaya melawan syaitan yang mahu mengheretnya ke jurang kebinasaan, kejahilan dan penyesalan.
Kemampuan seseorang melawan syaitan adalah lebih hebat daripada kemampuan seseorang yang hanya dapat menewaskan musuh yang nampak di mata.
No comments:
Post a Comment